Skip to main content

Jatuh Bangun Kembali.


Harini. Sudah genap bereenam minggu di sini. Kehidupan baik-baik saja. Aku pernah jatuh. Aku pernah tersungkur. Aku pernah kalah. Aku pernah berdepan dengan masa kejatuhan aku. Pernah terdetik aku dah tak terdaya. Tapi, aku percaya tersurat pelangi indah di sebalik hujan yang lebat. 

Lari? Tak lah. Aku tak lari. Baru aku sedar, sejauh mana pun kita, kenangan tetap akan memamah kita kembali. Bagai denyut listrik yang tak dapat dipisahkan. Manusia dengan kenangan. Kenangan dengan kesakitan. Tapi jarak juga lah yang membuka mata betapa lapangnya masa depan itu. Ya, aku memang jauh dari tempat di zaman kejatuhan aku. Tapi, dengan jarak ia dapat memberi harapan dan nafas baru untuk aku kembali bangun walau masih kelabu perjalanan hidup ni.

Friendship? Aku ada Yaa, Abit, Fatin, Aen, Nap, Mas and Ema. Dah cukup untuk menjadi tulang belakang untuk aku bernafas memandang langit yang cerah itu lagi. Tidak seperti dulu. Aku sorang. Aku cuma bersendiri menguatkan diri. 

Jodoh? Belum sempat aku terbang menjengah bumi Borneo, ibu dan ayah dah beri warning jangan cari orang Sarawak. Nanti susah nak balik raya. Ya, betul juga. Parah nanti aku melalak rindukan ibu dan ayah. Ibu selalu cakap, belajar dulu, nanti dah kerja gerenti ada yang nak. Tapi, sejauh mana kegerentian ibu tu? Ada sesetengah pula berkata 'campus is the best place to find your lover'. Ada benar nya juga. Dekat sini lah kita nak kenal baik buruk mamat tu. Nanti dah kerja, confirm2 semua nya dah berpunya. Ye dok?

Ahh. Persetankan tu semua

Aku cuma mahu zaman kegemilangan aku dicipta kembali. Itu sahaja misi aku.























Comments

Popular posts from this blog

saya dah ADA baby ......

.................................................................................................................................................................... baby, baby, baby. ouhh, i really loves kids and babies. SERIOUSLY. suka sangat. kalau boleh sekarang jugak saya nak ada baby. haha. MENGARUT. and, if possible, saya nak ambil anak angkat. haha yer yer je. tapi TRUE lahh. rasa macam nak ambil anak angkat, sebab.... entah.... rasa macam nak rasa jadi ibu, rasa nak dukung baby tu, rasa nak ada kasih sayang. haha (tunggulah dah kahwin nanti yer v?) HOHO. tapi, kadang-kadang saya terfikir jugak nak ada baby, tanpa kahwin, tanpa suami atau tanpa lelaki. means, nak baby tu tiba-tiba je ada. TINGGG.... it's a magic. haa, macam tu lah. haha. sebab, tak nak ada tanggungjawab dalam rumahtangga. NONSENSE betul tapi, nak ada baby.... tunggulah one day yer...  and, and, and, masa saya lakukan rutin harian saya, senang cerita dreaming activity lahh, haa,,, saya ada create nama babie...

gigi

semalam aku menghabiskan masa untuk menyelesaikan appointment dengan doktor gigi bagi menunaikan hasrat untuk memakai pendakap gigi. yela, gigi aku ni kan jarang. orang dok ejek boleh masuk duit syiling je. sedih tauuuuuuuuu. haha takdela. tak sesedih tu pun. appoinment buat bracess dengan hospital kerajaan. appointment since form 2 okay. umur 20 tahun baru boleh pakai. lambat sangat. takpela. biar lambat, asal dapat pakai jugak. tapi, dulu gigi aku tak seteruk ni tau. doktor memang sarankan aku untuk pakai braces sebab doktor cakap masalah aku, gigi-gigi aku yang tumbuh terlalu kecil untuk gusi aku yang semakin membesar. -.- apa weh? then dia cakap, bila gusi membesar mengikut usia, gigi akan makin menjarak untuk isi ruang yang ada. so, kiranya, aku ni tak cukup gigi and gigi aku kecil. apelah. so sebelum makin tua, makin kelakar gigi aku, baik aku pakai. memulakan appointment di Klinik Cahaya Suria, KL. mula-mula dia check gigi. clear. tiada sebarang cacat celanya. then ...

UiTM Intersession Semester

a month flies. cepat sangat masa berlalu. aku ambil intersesi. apa itu intersesi? intersesi adalah short sem yang dilakukan semasa cuti sem di mana pelajar-pelajar yang lain tengah syok bercuti. cuti sem kali ni adalah 2 bulan. so kami-kami yang memilih untuk mengambil intersesi ni terpaksa lah korbankan cuti. Intersesi bagi pihak aku adalah bring forward the coming subject of next sem to this semester. maknanya, next sem, it should be 6 subjects tapi 1 subject had been taken to this interssesion and next sem akan ada 5 subjek je. yeay! macam biasa, bisnes diutamakan. it cost amount of cash to settle the fees untuk subjek and kolej. total up, RM300.00. tak berbaloi kan? yuran untuk satu sem je pun costs RM400+ in UiTM, tapi untuk intersesi yang sebulan dan satu subjek sahaja, 300.aiyakk! takpela. nak belajar.  life is good in Lendu. kampus sumpah kosong! aku ambil kesempatan untuk jogging sendiri setiap hari. dapat tengok sendiri sunset dari atas bukit, dalam kampus. jalan sor...