Skip to main content

gigi


semalam aku menghabiskan masa untuk menyelesaikan appointment dengan doktor gigi bagi menunaikan hasrat untuk memakai pendakap gigi. yela, gigi aku ni kan jarang. orang dok ejek boleh masuk duit syiling je. sedih tauuuuuuuuu. haha takdela. tak sesedih tu pun. appoinment buat bracess dengan hospital kerajaan. appointment since form 2 okay. umur 20 tahun baru boleh pakai. lambat sangat. takpela. biar lambat, asal dapat pakai jugak. tapi, dulu gigi aku tak seteruk ni tau. doktor memang sarankan aku untuk pakai braces sebab doktor cakap masalah aku, gigi-gigi aku yang tumbuh terlalu kecil untuk gusi aku yang semakin membesar. -.- apa weh? then dia cakap, bila gusi membesar mengikut usia, gigi akan makin menjarak untuk isi ruang yang ada. so, kiranya, aku ni tak cukup gigi and gigi aku kecil. apelah.

so sebelum makin tua, makin kelakar gigi aku, baik aku pakai.

memulakan appointment di Klinik Cahaya Suria, KL. mula-mula dia check gigi. clear. tiada sebarang cacat celanya. then proceed. dia kata nak ambil acuan. adoiii. aku nampak ada byk sangat tanah liat. ada colour pink, ada colour purple. -.- apa ni, apa ni? aku taknak mati lagi sbb makan tanah liat. lepastu, dia buka mulut aku besar-besar sampai nak tersedak. lepastu tanah liat yang colour pink tu dia masuk dalam air panas yang nampaknya menggelegak tu yer. berasap-asap lg tu. aduhhhhh. takut weh! then tanpa aku sedar dia dah masukkan dalam mulut aku. then GIGIT! fuhhh nasib baik tak panas. then tiba-tiba ada tanah liat colour purple pula. dia giling, giling, giling. uli, uli, uli. lepas tu masuk dkt dlm satu besi bentuk mulut. okay lah fine. lepastu, PAAAP! dengan besi-besi and tanah liat sekali masuk dalam mulut aku. aku ingat kan acuan je besi tu. sekali dengan besi dahh. terseksa. sumpah time tu rasa mcm kena seksa mcm cerita canibal tu. 

time ni muka plain gila. tak sempat nk pakai tudung pun. sebab bangun lambat. then siap dalam kereta. haha

next, doktor bagi surat. suruh pergi Hospital Ampang untuk xray gigi pula. nak xray gigi ni pulak satu hal. lagi satu melecehkan, lagi satu merimaskan dan lagi satu menggerunkan. ada dua mesin. dan dua-dua mesin tu akan berpusing secara sendirinya. aku gerun! dengan bunyi yang macam roller coaster tu. cahaya laser bagai. aduhhh. kenapa, kenapa, kenapa mesti macam ni? haha. dah settle dah. 

muka excited dah dapat xray rahang mulut. haha.

berikut adalah senyuman-senyuman yang aku try untuk senyum. senyum tak nampak gigi dan senyum nampak gigi. sememangnya aku tak pernah senyum tak nampak gigi. so kena berlatih. lepas ni dah tak boleh nak senyum nampak gigi dah. nanti macam nenek kebayan. sila undi senyuman-senyuman di bawah yer. haha.

semoga nanti gigi ku cantik dan baik-baik sahaja.
aminnn ~







Comments

Anonymous said…
salam......sakit x cabut gigi.....takutlah....:0
vianna nasir said…
salam... haha i tak kena cabut pun actually.hehe. sbb gigi i okay je. just kena xray and ambil acuan je
bannie said…
pakai la yg newest latest gila ni!braces glow in the dark:)
heehhehehe
vianna nasir said…
hahaha glow in the dark? cool ke? kalau i jadi hantu dkt ghost house, susah lah kot. eh cop2, btw, yg glow2 tu transparent ke dear? :)
Anonymous said…
avi bole tgk kt blog jejariruncing.blogspot.
die ade cte ttg braces ni..gile hot lah.mcm2 style braces skrg...=)
vianna nasir said…
really? okay2, thanks then dear, (:

Popular posts from this blog

UiTM Intersession Semester

a month flies. cepat sangat masa berlalu. aku ambil intersesi. apa itu intersesi? intersesi adalah short sem yang dilakukan semasa cuti sem di mana pelajar-pelajar yang lain tengah syok bercuti. cuti sem kali ni adalah 2 bulan. so kami-kami yang memilih untuk mengambil intersesi ni terpaksa lah korbankan cuti. Intersesi bagi pihak aku adalah bring forward the coming subject of next sem to this semester. maknanya, next sem, it should be 6 subjects tapi 1 subject had been taken to this interssesion and next sem akan ada 5 subjek je. yeay! macam biasa, bisnes diutamakan. it cost amount of cash to settle the fees untuk subjek and kolej. total up, RM300.00. tak berbaloi kan? yuran untuk satu sem je pun costs RM400+ in UiTM, tapi untuk intersesi yang sebulan dan satu subjek sahaja, 300.aiyakk! takpela. nak belajar. 
life is good in Lendu. kampus sumpah kosong! aku ambil kesempatan untuk jogging sendiri setiap hari. dapat tengok sendiri sunset dari atas bukit, dalam kampus. jalan sorang-sor…

Ujibakat Pengacaraan dan Wartawan Penyiaran

Assalammualaikum
Jam 10.30 malam. Aku terima mesej bbm daripada seorang teman yang mengatakan ada audition pencarian bakat baru untuk pengacara dan wartawan penyiaran RTM. Tak kisah lah stesyen TV mana pun. Aku memang minat bidang ni sejak kecil! Malangnya sudah terlalu lewat. Audition adalah esok jam 2 petang. Tapi, bila difikir-fikirkan balik, ini sebenarnya peluang. Dapat, tak dapat belakang cerita. Yang penting cuba!
Pujuk punya pujuk. Alhamdulillah ayah akhirnya setuju juga nak bawa aku untuk audition esok. Ayah pun tahu ini memang minat aku. Ayah kata, tak payah fikir kalau dapat or tak dapat, yang penting cari pengalaman untuk bertatih pergi lagi jauh. 
Semalaman lah aku tak tidur. Menyediakan segala macam resume, sijil dan persediaan untuk audition.
Ke hulu ke hilir aku mencari bantuan. Al maklumlah takde basic knowledge in Masscomm studies. Mujurlah ada kawan-kawan yg banyak bantu and beri support. Thank youuuuuuuuuuuuuuu very much! and not forgotten, special thanks to Hanif…

cerita mula-mula aku berjilbab

aku tak tahu kenapa, aku excited sangat nk buat topik harini. bukan menunjuk. tapi, satu perasaan yang.... entah. susah nak describe. sebab mungkin, aku berharap sangat, lepas aku buat post ni, aku dapat tengok wajah2 ayu yang nampak beza nya antara orang yang baru nak pakai tudung, lain. ada serinya. serious (: tak sabar nk tengok. first of all, just nak share my experience without any other songsang intention. okay, regarding on the above title, true3, alhamdulillah, dah genap 366 hari, satu tahun, satu hari aku tutup kepala, pakai tudung, pakai baju lebih songsang dan tinggalkan fesyen lama. baru setahun aku melengkapkan salah satu perkara yang sangat disarankan islam. pakai tudung. ada apa dengan pakai tudung? dulu, aku pandang slack kat orang2 yang pakai tudung ni, comot je, macam makcik, kuno, and buat apa nak pakai muda2, cool lah. dah tua baru lah pakai. apelaa. itu aku yang dulu. setahun yang dulu. sampaikan masa kat sekolah bila ustazah bicarakan tentang aurat, aku bergaduh…