Skip to main content

PAYAL dan OKEN

....................................................................................................................................................................

INSPIRED BY : APAI
(dia yang suruh buat cerita pasal pet. :) )


....................................................................................................................................................................

yes, i do love animals.... I AM! sangat suka... kalau diikutkan, cerita PUTERA KATAK tu, TV3, saya bawa watak TINA lahh yerr... hahahaah. welllkkkk..... (geli, geli, geli perasan habis!) tapi, serious lahh.... memang saya suka haiwan! sejarah pertama haiwan yang pernah ada kat rumah, seingat saya lah. AYAM. tapi, bukan sebarangan ayam tau. masa tu, saya darjah 2. ayah balik kerja malam. kteorg semua dah tidur. time tengah syok2 tidur, dengar bunyi ni, '''chittt chittt chitt' APA KEJADAHNYA tuh? haha... ayah beli baby ayam lahh... CHICKEN LITTLE. ada 4 ekor... semua warna-warni. ayam tu, ada colour purple, pink, hijau and biru.... memang style lah ayam2 tuh. saya punya colour hijau. because i LOVE GREEN. heeeee.... saya punya ayam, paling kecik antara yang lain2. lepas tu, tak sampai seminggu, ayah hantar ayam tu, kat tempat lain. kata menyemak lah, itu lah, ini lah... hmmm sedihhhh :'(

next, ikan. ibu pulak suka ikan. banyak kali beli, banyak kali mati. HAHA... lepas tu, sampai sekarang dah tak beli lagi dah. saya geli dengan ikan. sebab bila bela, balang ikan tu berlumut. even selalu basuh. eeuuwww wellk! ibu selalu beli ikan PUYU? tahu? haha..... ibu kata, jangan ketuk balang tuh, nanti sisik ikan tu menegak, maknanya dia marah. kalau marah, nanti dia boleh bertukar jadi ular? aikk,,, boleh ke ular duduk dalam air? macam tak LOGIK je... kteorg pun percayalah time tu. :p

then, burung. haa, burung ni, saya punya. :) saya orang susah (S.O.S). haha... selalu tak cukup syiling nak beli super ring. haha. tapi, kalau nk beli pet, memang saya akan kumpul duit banyak banyak banyak banyak banyak banyak... sebab nk beli MEREKA. so, saya kumpullah duit sekolah. hehe. sanggup kan? time tu, saya form 4. jalan kaki pergi TAMAN TENAGA, tempat jual haiwan dengan adik yang baru darjah 5. jalan berdua je. lepas tu, beli burung. 4 ekor. banyak pulakk... seekor RM2.50. haha. lepas tu, cina tu letak burung2 tu dalam paper beg. ADA KE? jahat betul. yang kteorg ni pulak, dah tak cukup duit nk beli bird's cage. so, balik pun terkedek-kedek lah pegang burung2 tu dalam paper beg yang tengah bergerak-gerak. balik, kena marah dengan ibu lepas tu, terus pergi kedai cina tu balik. BELI CAGE lahh....cage warna pink. cantik! haha. tapi, semua dah mati.... :( sedihnya time tu. mula2 seekor mati. then, seekor pun nampak macam nyawa2 ikan. time tu, mula2 dia terbang tiba2 jatuh. saya terkejutlah kan. sejak bila burung terbang tiba2 jatuh? dia tengah practise terbang ke? then, saya pun bukaklah pintu cage tu. saya pegang burung tu. tiba2, burung tu pandang saya. saya rasa time tu dia macam nak mati. cara dia mati, sama macam manusia. SERIOUS tak tipu! time nyawa dia ditarik sampai kat leher, mata dia terkebil-kebil. kepala dia terangkat sikit, mendongak ke langit. lepas tu, at the moment nyawa dia dicabut, kepala dia pun jatuh. and mata dia slow2 tertutup. memang meleleh lah AIR MATA saya tengok dia mati. ye lahh... dia mati kat tangan saya sendiri. saya yang genggam dia. lepas tu, saya balut burung tu dengan tisu, dan kebumikan dia kt bawah rumah. lepas siram air and baca AL-FATIHAH, saya pun buat keputusan untuk lepaskan dua ekor burung lagi tuh. :)

....................................................................................................................................................................

OKAY, END of SAD STORY, let's TURN to the GEMBIRA one


okay, these are my HAMSTERS and RABBIT. antara haiwan yang masih bernyawa lah kat rumah tuhh.
: D


saya kan pantang ada duit sikit. kalau ada duit, bukan nk use wisely. tapi, beli BINATANG. hoho. up, gambar my two hamsters. beli masa dapat duit PTPTN. haha.... gila kan? saya beli dua ekor. even, saya tahu, ibu memang geli gila dengan 'tikus', tapi, NAK JUGAKKK!!! haha... belilah dua ekor. the boy named, OKEN, and the girl named PAYAL. hahahaahahahahhaha. (haaa, jangan gelak!) yes, i know, it's my friend's name. tapi, dia kata xpe. dia suka... haha... (dah lah yang betina letak nama payal, suka pulak dia) and, oken tu, nama diberi oleh payal sendiri. sebab. he has a cat too, named oken. so, letak nama samalah. tapi, oken dia betina. saya punya oken jantan. HOHO. picture above, yang kiri oken, yang kanan payal. haha. muka tak senonoh tu sebab GELI pegang dorang... haha. and, the story begins. masa nak balik kampus, OF COURSE lah mereka2 ni ditinggalkan bersama nenek dorang (ibu saya lahh). haha. ibu walaupun tak suka species 'tikus' ni, tapi terpaksa jaga jugak. haha. dorang selamat dalam jagaan nenek dorang.  wahai, anak2 ku, mama pergi menuntut ilmu sebentar yer. HEHE. lepas tu, masa balik CUTI SEM haritu, balik je, terus pergi dekat payal dan oken. saya tengok ada seekor je. ada payal. ouhh, mungkin oken tengah main bawah semak kot. tengah tidur ke... tapi, tiba2 ibu panggil. mata ibu merah2. ibu kata oken dah MATI. masa tu, saya sedih sangat..... menangis dengar cerita ibu. ibu kata, oken mati, KENA MAKAN dengan payal ! terduduk saya dengar cerita ibu. ibu kata, one night tu, ibu dengar bunyi bising kat cage dorang. ibu pun bangunlah. tengok dorang tengah main KEJAR2 kat dalam cage tu. tapi, lama2 tengok macam semacam. si payal yang betina tu tiba2 terkam si oken yang jantan. payal next, GIGIT LEHER oken. ibu pun, dah menjerit2. nak pegang dorang, ibu takut. ibu kejut kan ayah. tapi,,,,,,,,, masa ayah bangun, oken dah mati..... payal gigit leher oken sampai mati. PUTUS leher oken. habis BERDARAH satu cage. PAYAL jahat !!! jahatttt sangat. dia makan kawan dia sendiri ! jahat ! tak berhati perut ! sedih yang teramat sangat dengar cerita ibu. sampai sekarang, saya masih tak boleh terima payal lagi. kalau pergi dapur, dekat dengan cage dorang, saya tak pernah TEGUR payal dah............. and family saya dah tugar nama payal. tak panggil payal lagi, panggil ISRAEL :( 



ini payal, tengah baca DOA. tengok tangan dia buat apa.


payal, lepas dah jogging kat dalam gelung tu, (ekh jap, cop.. nama dia gelung ke? yang warna pink tuh.. ahh belasah jelah) pengsan... penat berjogging.


ini payal lagi. tengah panjat nk kat roti tuh. 'kau ingat kau SPIDERMAN? nak panjat2 pulak'


ni CHOKI. gemuk kan? arnab tau. bukan binatang lain.ni masa dia 8 bulan. dia sangat gemuk, panjang dan tinggi. SERIOUSLY tak tipu. pun, dibeli sendiri. haha. mana dapat duit? HOHO. lepas SPM dulu, saya kerja kat F.O.S sungai wang. dengan FIRST SALARY  tu, saya beli arnab new zealand species ni. haha. kelainan dia, dia BOLEH BERCAKAP tau... hehe tak lahh.. tipu je. kelainan dia, telinga dia pendek sikit. saya paling sayang, CHOKI lahh... dia ni penakut, takut orang and takut tinggi. sama macam MAMA dia (saya lah tuhh) ;p
masa mula2 beli, time tu malam, baru lepas balik kerja. bayangkan, saya bawak balik arnab naik bas! haha RAPID KL. dah lah passengers ramai dalam bas tu, orang balik kerja kann,, lepas tu, saya pulak, dengan arnabnya, and cage dia yang sangat besar. HADDOIII.... memang semua orang pandang lah kan.. ahh, peduli apa, saya? demi haiwan, saya sanggup ! (wahhh ayat, PATRIOTIK)  


ni CHOKI time 3 bulan. sekarang dah SETAHUN tau. imagine, dah besar mana dah dia? :)
and, please don't get wrong. dengan ke-giant-an choki ni, ramai orang ingat dia, PUPPY. heyy... arnab lah!
jatuh maruah dia tau.


ellllehhhhhh choki berangan nak jadi SUPERMAN pulakk.. main terbang2 bagai. 

so, end of story. serious, sumpah tak tipu. saya memnag suka sangat pet! yang tak pernah ada dalam koleksi, kura-kura je... so, siapa nak sponsor? meh3, sponsor. birthday nak dekat. kasi hadiah kura-kura ea. : D

....................................................................................................................................................................

:: iloveyoupets ::

Comments

amyn omel said…
v!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
v bley caya x ...
yang v buat amyn ketawa sangat2...
i like u story very much.. love it..
i like it..

tq make my day happy with u story..
Anonymous said…
best lah blog nie...
sweet2 jer,,,nk2 adk cter psl pet,,,
smart gurl...!
hehe
vianna nasir said…
amin : tak sangka pulak amin. thanks aminn

Popular posts from this blog

One night with le parent

For about 8 weeks being in here, approximately without looking out the west malaysia, ibu and ayah had decided to visit me in sarawak. at the peak of my struggling hour, i am glad that i have one opportunity (labour day) to spend a day with them. sehari pun jadi lah. hehe
Hilton Hotel, Kuching



















 I miss you both infinity (:

A Start Fresh

assalammualaikum
hello everybody. its sunday and it is 4 days being sarawak! mula-mula rasa sedih sangat nak tinggalkan semenanjung and now, it seems like i'll be okay in sarawak since orang-orang dekat sini baik sangat-sangat and makanan semua sumpah sedap gila.




as being told, i tak dapat kolej. and this is my first time ever duduk rumah sewa since 3 years being a student. mula-mula rasa kekok and culture shock sebab selalunya kalau duduk hostel jarang sekali and dilarang jalan-jalan dkt hostel lelaki, nanti kena sound or kena saman dgn pak guard. but now, duduk rumah sewa, tgh basuh tangan, pandang tingkap, tiba-tiba ada lelaki jalan depan rumah. bapak terkejutnya! haha. rumah sewa dekat sini facilities sangat baik. nama rumah apple cross. serious rasa macam duduk condo dah lah dekat gila dengan kampus. sebulan 122 with fully furnished and dkt depan rumah ada playground, kedai makan, dobi, cyber cafe and kedai printing. dapat bilik sorang pulak tu. hehe kampus was okay. classma…

Mixed Fruit Jelly with kastard

MY FIRST TRY (:
MIXED FRUIT JELLY
1) Masak air sebanyak 400 ml 2) Tunggu hingga mendidih dan masukkan serbuk jelly 3) Kecilkan api 4) Bila dah agak-agak macam dah masak. 5) Alihkan letak dalam bekas yang lain 6) Tunggu 2-3 minit 7) Masukkan dalam peti sejuk 8) SIAP!
KUAH KASTARD
1) Masuk 400ml air 2) 2 sudu tepung kastard 3) 2 sudu esen vanilla 4) 2 sudu gula 5) gaulkan semua 6) masakkan bersama api yang kecil 7) bila dah siap masak, sejukkan dalam peti sejuk  8) dah siap, boleh dihidang sekali bersama jelly (: