Skip to main content

11.11.11

tarikh ni. ada apa dengan tarikh ini? disebabkan ianya hanya berlaku sekali dalam seumur hidup kita, selang 100 tahun akan datang, kita menggagungkannya? bagi aku, ia cuma lah tarikh, dan sedap didengar je. jap, copp. ni dah kenapa tiba2 bahasa aku jadi serious semacam je ni? haha. sebenarnya, nak cerita ni.

HARI NI AKU CIPTA SEJARAH.



harini merupakan salah satu hari di mana aku perlu meninggalkan orang2 yang pernah aku sayang. even sekejap. tapi nilai sayang seseorang insan yang dimiliki tidak dapat dikira dengan masa, umur, bangsa dan segalanya. harini, 11. November. 2011 jam 7.00petang. aku meninggalkan Poney. tempat aku bekerja untuk cuti sem ni. kawan2 aku yang lain semua dah sibuk holiday, berjimba, keluar sana sini. untung lerr. aku ni, terkedek-kedek bangun pagi pergi kerja, lipat kain, iron baju, ikat stok, mengemop, vacuum lantai, kira stok, serve customer, lap perabot. haihhhh. tapi, sumpah tak tipu. fun gila. even sumpah penat gila. tapi, mereka pernah ada dalam hidup aku. 90% masa aku semasa cuti sem ni, dihabiskan dengan mereka. 

dorang ni lahhhh, yang selalu tegur kenapa muka aku kadang2 ketat. dorang ni lah, yang selalu tegur kenapa aku suka menari time kerja. dorang lah yang tegur kenapa aku vacuum tak bersih, kenapa aku isi air banyak sangat, kenapa aku kotorkan baju baru, kenapa aku rosakkan komputer cashier, kenapa aku selalu sangat datang lambat, kenapa aku suka masuk fitting room, kenapa aku nakal sangat, kenapa aku pendek sangat, kenapa aku pakai tudung, kenapa aku makan pakai tangan, kenapa aku tak makan pedas, kenapa aku suka kacau orang, kenapa aku suka gunting kertas. DAN MACAM2 LAGI. sebab aku suka buat masalah kat tempat kerja. tapi, aku rasa aku lah yang paling manja dengan dorang :p hehehe. haha entahlah. dan yang paling penting, dorang lah pengubat masalah cinta di hati aku ini. -.- kemain lagi ayat!

hari hari pun aku lewat.

sejarah mcm mana aku boleh sangkut kerja dekat poney ni? mulanya, aku gatal2 jalan2 pergi KLCC. dulu lepas SPM, memang aku ada kerja part time dekat FOS, sungai wang. then, bajet2 every cuti sem nak kerja part time. tapi 3 sem pun dah berlalu. tak kerja2 jugak. then, saja gatal2 masuk poney, geram tengok kedai dia semua putih. entah mcm mana, aku pun tercakap, 'ADA KERJA KOSONG?' -.-. ya allah, sengalnya aku. kerja yang sangat tak diracang. then supervisor tu tanya aku, 'BILA BOLEH START?' . aku pun dah terpinga-pinga. aku pun macam, ahh terima je lah. since then, aku menjadi sebahagian daripada keluarga poney. macam biasalah kerja ada shift. if morning shift from 10pg-7ptg. noon shift from 1tgh-10mlm. tapi mesti kene dtg 15 minit awal before kedai dibuka sebab ada briefing tentang poney sale. ayat pertama yg dorang sebut masa briefing, 'PONEY YESTERDAY'. haha. dah hafal dah. tapi, sale poney sentiasa laku, up to 4k per day. harini punya sale, 6.1k. tak silap lah. haha. if morning shift, dimulakan dengan menyiram pokok2 bunga dan mengelap perabot :D. dan noon shift diakhiri dengan mengemop dan mengvacuum :D.


kak ros and canon.


haha ni senarai nama2 staff. haha dah mcm senarai nama pelajar dalam kelas dah.
  1. stella
  2. vicky
  3. ah ching
  4. kak ros
  5. kak farah
  6. kak sue
  7. abang wan
  8. kelly
  9. canon
  10. vianna
siapa lagi tertinggal? -.-



 ni stor kami. tak rupa stor kan? mcm dapur and saloon. macam2 adaaaaa ~.


CUSTOMER? of course lah banyak cerita. analisis, keputusan dan kesimpulan yang aku dapat untuk eksperimen ini sepanjang aku bekerja ialah, PELANCONG MALAYSIA RAMAI DARI ARAB! lakuuuuuu. masukkkk je berjubah hitam, kteorg akan cepat2 serve. sekali beli 1300 daaa. baju kanak-kanak je kot. aku memang sengaja kerja dekat poney. sbb aku suka budak2. tak tipu weh. ni bukan olok-olok. ini betul-betul. aku suka budak2. sangat! haha. setiap hari, dah macam2 bentuk budak2 yang masuk kt poney ni. of course lah comel2 kann. tak kira lah baby india ke, mat salleh ke, cina ke. bagi aku semua comel. ada bby india tu comelllll gila. aku dukung tak larat. rambut kerinting. mata bulat. aduhhh. comel nyaaa. kes yang lain. aku pernah DICAKAR oleh seorang baby arab. mulanya, dia datang dekat aku, tarik2 seluar aku, minta dukung. aku pun dukung lah. mula2 dia senyum2, suka kene dukung then, pegang2 muka aku. lepastuuuu. KRAPPPP. cakar... -.-. darahhhh dah mulut aku. haih, nasib baik baby tu hensem. pedih tahu takkkk ! :(. 

kak darah and stella


apa mau cerita lagi? haha takde apa perlu diceritakan lagi. selebihnya biar lah ia nya menjadi kenangan dalam memori yang menjadi sanubari untuk dikenang sendiri (:. poney, you were part of my family. you did shine my life though. you did give the smile to put on. you did share the laughters even i was the stranger before. thank you my poney family. i would missing you guys and this place ! :( 

kesimpulannya, kepada ibu bapa di luar sana, saya seru, saya merayu dan saya minta sangat2, jangan lah mengajar anak dengan kekerasan. nak pukul, nak marah, nak tengking boleh, tapiiiiiiiiiiii. tolong jangan marah depan orang ramai yerrr. (:

love,


Comments

Popular posts from this blog

saya dah ADA baby ......

.................................................................................................................................................................... baby, baby, baby. ouhh, i really loves kids and babies. SERIOUSLY. suka sangat. kalau boleh sekarang jugak saya nak ada baby. haha. MENGARUT. and, if possible, saya nak ambil anak angkat. haha yer yer je. tapi TRUE lahh. rasa macam nak ambil anak angkat, sebab.... entah.... rasa macam nak rasa jadi ibu, rasa nak dukung baby tu, rasa nak ada kasih sayang. haha (tunggulah dah kahwin nanti yer v?) HOHO. tapi, kadang-kadang saya terfikir jugak nak ada baby, tanpa kahwin, tanpa suami atau tanpa lelaki. means, nak baby tu tiba-tiba je ada. TINGGG.... it's a magic. haa, macam tu lah. haha. sebab, tak nak ada tanggungjawab dalam rumahtangga. NONSENSE betul tapi, nak ada baby.... tunggulah one day yer...  and, and, and, masa saya lakukan rutin harian saya, senang cerita dreaming activity lahh, haa,,, saya ada create nama babie...

ini untuk ibu saya.

ibu, ibu, ibu. this is what i called for my mother. she was born on 21 january 1962 in selangor. so, due to the mothers day, as i have so little amount of money. this is what i can give to you ibu. muah, muah, muah. sayang ibu. just a piece of card with A4 size. hehe. cost nya pun RM 4.50 je bu. heeee. sorry, yer v takde duit banyak. duit pun pakai ptptn je. heee. tapi, takpela terima je la hadiah yang tak seberapa ni. penat jugak v buat. tangan dah melekit-lekit dah ni. kena gam uhu. siap berkunci-kunci bilik tak nak kasi adik masuk. hehe ni lah projek nya bu... :P okay before that, nak share here, , ,. A Mothers Love To some love is just a word To me it's a feeling A feeling I get everytime I look into your eyes A feeling I get when I realize you're my mom A mom who loves, shares, A mom who inspires Unconditionally What's that? That's love A mothers love, but only you would know And me You returned that love time and time again Possibly to much, neverthe...

UiTM Intersession Semester

a month flies. cepat sangat masa berlalu. aku ambil intersesi. apa itu intersesi? intersesi adalah short sem yang dilakukan semasa cuti sem di mana pelajar-pelajar yang lain tengah syok bercuti. cuti sem kali ni adalah 2 bulan. so kami-kami yang memilih untuk mengambil intersesi ni terpaksa lah korbankan cuti. Intersesi bagi pihak aku adalah bring forward the coming subject of next sem to this semester. maknanya, next sem, it should be 6 subjects tapi 1 subject had been taken to this interssesion and next sem akan ada 5 subjek je. yeay! macam biasa, bisnes diutamakan. it cost amount of cash to settle the fees untuk subjek and kolej. total up, RM300.00. tak berbaloi kan? yuran untuk satu sem je pun costs RM400+ in UiTM, tapi untuk intersesi yang sebulan dan satu subjek sahaja, 300.aiyakk! takpela. nak belajar.  life is good in Lendu. kampus sumpah kosong! aku ambil kesempatan untuk jogging sendiri setiap hari. dapat tengok sendiri sunset dari atas bukit, dalam kampus. jalan sor...