Skip to main content

Jatuh Bangun Kembali.


Harini. Sudah genap bereenam minggu di sini. Kehidupan baik-baik saja. Aku pernah jatuh. Aku pernah tersungkur. Aku pernah kalah. Aku pernah berdepan dengan masa kejatuhan aku. Pernah terdetik aku dah tak terdaya. Tapi, aku percaya tersurat pelangi indah di sebalik hujan yang lebat. 

Lari? Tak lah. Aku tak lari. Baru aku sedar, sejauh mana pun kita, kenangan tetap akan memamah kita kembali. Bagai denyut listrik yang tak dapat dipisahkan. Manusia dengan kenangan. Kenangan dengan kesakitan. Tapi jarak juga lah yang membuka mata betapa lapangnya masa depan itu. Ya, aku memang jauh dari tempat di zaman kejatuhan aku. Tapi, dengan jarak ia dapat memberi harapan dan nafas baru untuk aku kembali bangun walau masih kelabu perjalanan hidup ni.

Friendship? Aku ada Yaa, Abit, Fatin, Aen, Nap, Mas and Ema. Dah cukup untuk menjadi tulang belakang untuk aku bernafas memandang langit yang cerah itu lagi. Tidak seperti dulu. Aku sorang. Aku cuma bersendiri menguatkan diri. 

Jodoh? Belum sempat aku terbang menjengah bumi Borneo, ibu dan ayah dah beri warning jangan cari orang Sarawak. Nanti susah nak balik raya. Ya, betul juga. Parah nanti aku melalak rindukan ibu dan ayah. Ibu selalu cakap, belajar dulu, nanti dah kerja gerenti ada yang nak. Tapi, sejauh mana kegerentian ibu tu? Ada sesetengah pula berkata 'campus is the best place to find your lover'. Ada benar nya juga. Dekat sini lah kita nak kenal baik buruk mamat tu. Nanti dah kerja, confirm2 semua nya dah berpunya. Ye dok?

Ahh. Persetankan tu semua

Aku cuma mahu zaman kegemilangan aku dicipta kembali. Itu sahaja misi aku.























Comments

Popular posts from this blog

saya dah ADA baby ......

.................................................................................................................................................................... baby, baby, baby. ouhh, i really loves kids and babies. SERIOUSLY. suka sangat. kalau boleh sekarang jugak saya nak ada baby. haha. MENGARUT. and, if possible, saya nak ambil anak angkat. haha yer yer je. tapi TRUE lahh. rasa macam nak ambil anak angkat, sebab.... entah.... rasa macam nak rasa jadi ibu, rasa nak dukung baby tu, rasa nak ada kasih sayang. haha (tunggulah dah kahwin nanti yer v?) HOHO. tapi, kadang-kadang saya terfikir jugak nak ada baby, tanpa kahwin, tanpa suami atau tanpa lelaki. means, nak baby tu tiba-tiba je ada. TINGGG.... it's a magic. haa, macam tu lah. haha. sebab, tak nak ada tanggungjawab dalam rumahtangga. NONSENSE betul tapi, nak ada baby.... tunggulah one day yer...  and, and, and, masa saya lakukan rutin harian saya, senang cerita dreaming activity lahh, haa,,, saya ada create nama babie...

ini untuk ibu saya.

ibu, ibu, ibu. this is what i called for my mother. she was born on 21 january 1962 in selangor. so, due to the mothers day, as i have so little amount of money. this is what i can give to you ibu. muah, muah, muah. sayang ibu. just a piece of card with A4 size. hehe. cost nya pun RM 4.50 je bu. heeee. sorry, yer v takde duit banyak. duit pun pakai ptptn je. heee. tapi, takpela terima je la hadiah yang tak seberapa ni. penat jugak v buat. tangan dah melekit-lekit dah ni. kena gam uhu. siap berkunci-kunci bilik tak nak kasi adik masuk. hehe ni lah projek nya bu... :P okay before that, nak share here, , ,. A Mothers Love To some love is just a word To me it's a feeling A feeling I get everytime I look into your eyes A feeling I get when I realize you're my mom A mom who loves, shares, A mom who inspires Unconditionally What's that? That's love A mothers love, but only you would know And me You returned that love time and time again Possibly to much, neverthe...

gigi

semalam aku menghabiskan masa untuk menyelesaikan appointment dengan doktor gigi bagi menunaikan hasrat untuk memakai pendakap gigi. yela, gigi aku ni kan jarang. orang dok ejek boleh masuk duit syiling je. sedih tauuuuuuuuu. haha takdela. tak sesedih tu pun. appoinment buat bracess dengan hospital kerajaan. appointment since form 2 okay. umur 20 tahun baru boleh pakai. lambat sangat. takpela. biar lambat, asal dapat pakai jugak. tapi, dulu gigi aku tak seteruk ni tau. doktor memang sarankan aku untuk pakai braces sebab doktor cakap masalah aku, gigi-gigi aku yang tumbuh terlalu kecil untuk gusi aku yang semakin membesar. -.- apa weh? then dia cakap, bila gusi membesar mengikut usia, gigi akan makin menjarak untuk isi ruang yang ada. so, kiranya, aku ni tak cukup gigi and gigi aku kecil. apelah. so sebelum makin tua, makin kelakar gigi aku, baik aku pakai. memulakan appointment di Klinik Cahaya Suria, KL. mula-mula dia check gigi. clear. tiada sebarang cacat celanya. then ...