semalam aku menghabiskan masa untuk menyelesaikan appointment dengan doktor gigi bagi menunaikan hasrat untuk memakai pendakap gigi. yela, gigi aku ni kan jarang. orang dok ejek boleh masuk duit syiling je. sedih tauuuuuuuuu. haha takdela. tak sesedih tu pun. appoinment buat bracess dengan hospital kerajaan. appointment since form 2 okay. umur 20 tahun baru boleh pakai. lambat sangat. takpela. biar lambat, asal dapat pakai jugak. tapi, dulu gigi aku tak seteruk ni tau. doktor memang sarankan aku untuk pakai braces sebab doktor cakap masalah aku, gigi-gigi aku yang tumbuh terlalu kecil untuk gusi aku yang semakin membesar. -.- apa weh? then dia cakap, bila gusi membesar mengikut usia, gigi akan makin menjarak untuk isi ruang yang ada. so, kiranya, aku ni tak cukup gigi and gigi aku kecil. apelah.
so sebelum makin tua, makin kelakar gigi aku, baik aku pakai.
memulakan appointment di Klinik Cahaya Suria, KL. mula-mula dia check gigi. clear. tiada sebarang cacat celanya. then proceed. dia kata nak ambil acuan. adoiii. aku nampak ada byk sangat tanah liat. ada colour pink, ada colour purple. -.- apa ni, apa ni? aku taknak mati lagi sbb makan tanah liat. lepastu, dia buka mulut aku besar-besar sampai nak tersedak. lepastu tanah liat yang colour pink tu dia masuk dalam air panas yang nampaknya menggelegak tu yer. berasap-asap lg tu. aduhhhhh. takut weh! then tanpa aku sedar dia dah masukkan dalam mulut aku. then GIGIT! fuhhh nasib baik tak panas. then tiba-tiba ada tanah liat colour purple pula. dia giling, giling, giling. uli, uli, uli. lepas tu masuk dkt dlm satu besi bentuk mulut. okay lah fine. lepastu, PAAAP! dengan besi-besi and tanah liat sekali masuk dalam mulut aku. aku ingat kan acuan je besi tu. sekali dengan besi dahh. terseksa. sumpah time tu rasa mcm kena seksa mcm cerita canibal tu.
time ni muka plain gila. tak sempat nk pakai tudung pun. sebab bangun lambat. then siap dalam kereta. haha
next, doktor bagi surat. suruh pergi Hospital Ampang untuk xray gigi pula. nak xray gigi ni pulak satu hal. lagi satu melecehkan, lagi satu merimaskan dan lagi satu menggerunkan. ada dua mesin. dan dua-dua mesin tu akan berpusing secara sendirinya. aku gerun! dengan bunyi yang macam roller coaster tu. cahaya laser bagai. aduhhh. kenapa, kenapa, kenapa mesti macam ni? haha. dah settle dah.
muka excited dah dapat xray rahang mulut. haha.
berikut adalah senyuman-senyuman yang aku try untuk senyum. senyum tak nampak gigi dan senyum nampak gigi. sememangnya aku tak pernah senyum tak nampak gigi. so kena berlatih. lepas ni dah tak boleh nak senyum nampak gigi dah. nanti macam nenek kebayan. sila undi senyuman-senyuman di bawah yer. haha.
semoga nanti gigi ku cantik dan baik-baik sahaja.
aminnn ~
Comments
heehhehehe
die ade cte ttg braces ni..gile hot lah.mcm2 style braces skrg...=)