Skip to main content

meh beli meh beli.


hoho, ramadhan datang lagi. yeayy. mesti sekarang ni korang tengah sibuk2 beli barang untuk persiapan untuk bulan puasa kan. haha sama lah kita. semalam, sampai je kl from melaka terus tidur. then petang pukul6 baru start shopping. beli bawang lah, sotong lah. excited gila. macam tak pernah beli groceries pulak kan. haha jom tengok ke excited an kami. <3

dah bergambar dengan peti sejuk dah pulakkk. -.-''
tepuk dahi!
terserlah kan aku pendek ?

alisa kata, tu ikan siakap yang kena tangkap.
alahai, serba salah aku tengok sotong2 ni kena ikat. jadi korban puasa.
sumpah aku terkejut betul2 time ni, bila ibu pegang ikan tu then tiba2 ikan tu ternganga dengan sendirinya. kejadahnya? memang tak lah aku nak makan ikan tu kan. ouh, btw, kam fotostat kan? <3
sushisushisushi

udang, RM10.09. macam tak logik kan nak buat 0.09 sen tu. round off sudah. menyusahkan mesin counter tu untuk kira. kan?
ni dah kenapa??? -.-''
apa motif jual biji kopi ni mahal2? sedap sangat ke? beli kopi jantan and janda sudaa.
see, nampak kan kenyataannya vee baik. tuuu, VE GOOD. hee suka3.

ni je lah yang kteorg mampu beli.
motif? sama saiz, sama saiz. HAHAAH.
dia kata, ni untuk Dania. siapa doe Dania. katanya anak buah. bila masa pulak ada anak buah? suka2 dia je kan?
-.-''

haha ni jelah yang mampu di capture2 kan. dah macam takde kerja lain pulak. setiap langkah mesti direkod dalam fon. blogger kan. haha. entah lah semuanya macam kecoh2 je nak story mory kat blog ni. haha. takpela, sukati aku lah. so, we went back at 8pm. separuh makanan dah habis dimakan. -.-''

so, menjelang nak puasa ni, nak share sikit pasal kelebihan ramadhan, semoga ia menjadi manfaat pada diri kita semua kankankan. :)))


1) Bulan Ramadhan adalah bulan keampunan. Di dalam bulan ini segala dosa akan diampunkan oleh Allah jika kita banyak berdoa dan memohon ampun kepadaNya. Setiap dari kita yang bernama manusia sudah tentu tidak terlepas dari melakukan dosa-dosa semasa hidup di dunia ini. Ambillah keberkatan yang ada pada bulan ini dan ikhlas memohon kepadaNya supaya dosa-dosa yang telah dilakukan akan diampunkan.
2) Bulan yang ada padanya Lailatul Qadar. Lailatul Qadar adalah malam yang lebih baik dari 1000 bulan. Malam yang  paling baik ini dikurniakan kepada umat islam untuk mendapatkan keampunan dari Allah dan mendapatkan pahala melalui amalan yang dilakukan pada malam tersebut. Segala amalan yang dilakukan pada malam ini akan digandakan pahala amalannya.
3) Bulan yang padanya permulaan penurunan Al Quran. Al Quran kitab suci agama islam yang menjadi mukjizat sehingga ke hari kiamat. Al Quran adalah pembimbing kepada umat islam agar tidak tersesat dalam hidup mereka selagi mereka terus berpegang kepada kitab suci ini. Pada bulan Ramadhan ini kita sangat-sangat digalakkan untuk memperbanyakkan bacaan Al Quran untuk mendapat ganjaran pahala yang besar.
4) Bulan pintu syurga dibuka dan pintu neraka ditutup. Pinta syurga akan dibuka seluas-luasnya dan pintu neraka akan ditutup serapat-rapatnya. Ianya adalah sebagai tanda kemuliaan bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan. Syurga adalah tempat yang di idam-idamkan oleh semua orang pada hari akhirat nanti.
5) Bulan tiada syaitan yang bermaharajalela. Pada bulan yang mulia ini syaitan-syaitan akan dibelenggu. Tiada lagi makhluk yang bernama syaitan yang akan menghasut manusia ke arah kemungkaran. Tapi manusia masih mempunyai nafsu untuk dihalang agar dijauhkan dari melakukan kemungkaran.
6) Bulan pahala amalan dilipat gandakan. Segala amalan kebaikan pada bulan ini akan digandakan amalan kebaikan tersebut. Pada bulan ini kita sangat-sangat digalakkan memperbanyakkan amalan sunat seperti sedekah, selawat, berzikir, membaca Al Quran dan banyak lagi amalan-amalan lain. InsyaAllah segala amalan yang kita lakukan akan dilipat gandakan oleh Allah.
7) Bulan yang agung dalam islam. Bulan Ramadhan adalah bulan yang paling mulia berbanding bulan-bulan islam yang lain. Ini kerana pada bulan ini banyak keberkatan dan rahmat Allah yang dikurniakan kepada hamba-hambanya.
Semoga dengan kelebihan yang terdapat pada bulan Ramadhan yang mulia ini akan membuatkan kita semakin kuat untuk melakukan ibadah kepada Allah. Semakin banyak amalan yang dilakukan mudah-mudahan akan memberi semakin banyak pahala kepada kita. InsyaAllah.



Comments

Popular posts from this blog

saya dah ADA baby ......

.................................................................................................................................................................... baby, baby, baby. ouhh, i really loves kids and babies. SERIOUSLY. suka sangat. kalau boleh sekarang jugak saya nak ada baby. haha. MENGARUT. and, if possible, saya nak ambil anak angkat. haha yer yer je. tapi TRUE lahh. rasa macam nak ambil anak angkat, sebab.... entah.... rasa macam nak rasa jadi ibu, rasa nak dukung baby tu, rasa nak ada kasih sayang. haha (tunggulah dah kahwin nanti yer v?) HOHO. tapi, kadang-kadang saya terfikir jugak nak ada baby, tanpa kahwin, tanpa suami atau tanpa lelaki. means, nak baby tu tiba-tiba je ada. TINGGG.... it's a magic. haa, macam tu lah. haha. sebab, tak nak ada tanggungjawab dalam rumahtangga. NONSENSE betul tapi, nak ada baby.... tunggulah one day yer...  and, and, and, masa saya lakukan rutin harian saya, senang cerita dreaming activity lahh, haa,,, saya ada create nama babie...

gigi

semalam aku menghabiskan masa untuk menyelesaikan appointment dengan doktor gigi bagi menunaikan hasrat untuk memakai pendakap gigi. yela, gigi aku ni kan jarang. orang dok ejek boleh masuk duit syiling je. sedih tauuuuuuuuu. haha takdela. tak sesedih tu pun. appoinment buat bracess dengan hospital kerajaan. appointment since form 2 okay. umur 20 tahun baru boleh pakai. lambat sangat. takpela. biar lambat, asal dapat pakai jugak. tapi, dulu gigi aku tak seteruk ni tau. doktor memang sarankan aku untuk pakai braces sebab doktor cakap masalah aku, gigi-gigi aku yang tumbuh terlalu kecil untuk gusi aku yang semakin membesar. -.- apa weh? then dia cakap, bila gusi membesar mengikut usia, gigi akan makin menjarak untuk isi ruang yang ada. so, kiranya, aku ni tak cukup gigi and gigi aku kecil. apelah. so sebelum makin tua, makin kelakar gigi aku, baik aku pakai. memulakan appointment di Klinik Cahaya Suria, KL. mula-mula dia check gigi. clear. tiada sebarang cacat celanya. then ...

UiTM Intersession Semester

a month flies. cepat sangat masa berlalu. aku ambil intersesi. apa itu intersesi? intersesi adalah short sem yang dilakukan semasa cuti sem di mana pelajar-pelajar yang lain tengah syok bercuti. cuti sem kali ni adalah 2 bulan. so kami-kami yang memilih untuk mengambil intersesi ni terpaksa lah korbankan cuti. Intersesi bagi pihak aku adalah bring forward the coming subject of next sem to this semester. maknanya, next sem, it should be 6 subjects tapi 1 subject had been taken to this interssesion and next sem akan ada 5 subjek je. yeay! macam biasa, bisnes diutamakan. it cost amount of cash to settle the fees untuk subjek and kolej. total up, RM300.00. tak berbaloi kan? yuran untuk satu sem je pun costs RM400+ in UiTM, tapi untuk intersesi yang sebulan dan satu subjek sahaja, 300.aiyakk! takpela. nak belajar.  life is good in Lendu. kampus sumpah kosong! aku ambil kesempatan untuk jogging sendiri setiap hari. dapat tengok sendiri sunset dari atas bukit, dalam kampus. jalan sor...