assalammualaikum warahmatullahitaala wabarakatuh. haha. ter baik kejap, nak Ramadhan kan? bulan Ramadhan memang bulan yang memang orang nanti-nanti kan. sebab cuma setahun sekali. bulan yang penuh dengan dugaan. bulan yang memerlukan kesabaran dan bulan yang paling tepat dan sesuai untuk beramal, bertaubat. so, bila ramadhan tiba, actually budak2 kecik lah yang paling excited (aku ni cakap macam dah ber anak 4 kan? haha). so, kalau ada muslimin dan muslimat yang still takde kesedaran lagi untuk bertaubat dan beramal lebih lagi dalam bulan yang mulia ni, dia bukan lah muslim yang baik sebab dia langsung tak kisah tentang hukum dosa dan pahala. ye la, dosa pahala kan perkara ghaib. so now, nak share sikit pengalaman aku time bulan puasa ni. setiap tahun perkara sama yang akan berlaku. -.-'' so lets enjoy.
ASAL TIBA BULAN RAMADHAN JE :
- sibuk tanya ibu, boleh ganti puasa lagi?
- sibuk bukak buku teks agama form1, selak2 page, cari niat nak sahur.
- panas terik semacam
- kekuatan nafsu makan yang semacam
- iklan yusuf taiyoob dah sibuk keluar kat tv
- dah start dah aku menghadap depan tv tengok UPIN DAN IPIN.
- sibuk ambil tali tape, ukur pinggang. nak beli seluar. sebab setiap tahun akan berlaku proses kegemukan.
- dah keluar dah iklan ''Selamat Berbuka Puasa'' tajaan Soya Yeos.
- iklan jualan karpet raya dah ditayangkan. -.-''
- nak bubur lambuk, nak bubur lambuk.
- pukul 3ptg, pergi luar rumah, tengok org2 yg jual kt bazaar tu tgh prepare utk buka puasa. sibuk kan aku?, tak sabar
- kat bazaar tu, juadah yang memang tak miss air tebu, otak2, air soya....................
- time puasa, asyik tergolek-golek je atas katil. bajet letih
- menjaga jari dengan baik. sebab takut terkorek hidung. batal puasa aku
- time kat bazaar, beli makanan bapak banyak. macam bekalan perang untuk sebulan.
- time tarawikh, tersengguk-sengguk im full!
- mindset nak buat baik, tapi jahat jugak. hehe
- sibuk kata teringin nak pergi Masjid India nak shopping. padahal selalu sangat pergi.
- time nak bukak puasa, pukul 5 dah bentang tikar depan tv, then letak surat khabar ats tak tikar. tak sabo beno!
- selalu bulan puasa, aku akan jadi selekeh semacam. yela, takde mood kan. haha
- bunga api. sibuk lah ajak jiran2 sebelah yang still baby tu main bunga api, yang sebatang 20sen tu.
- kad raya, seminggu puasa aku dah tension2 cari kad raya. padahal selalunya stok kad raya ada kat kedai mamak 2minggu bulan puasa ouh. -.-''
- dah start selak2 majalah. nak pakai fesyen apa tahun ni?
- dah start keluar iklan kt TV3, rancangan aidilfitri, ''I Know What You Did Last Raya'' setiap tahun rancangan yang sama kan?
- dah lah, tu je lah kott, aku tengah penat terkekek-kekek gelakkan diri sendiri tulis pasal pengalaman bulan puasa ni. HAHAAHHAHHAHAAHAHAHAHHAHHAHAAHAHAHAHAH.
baiklah, nak tahu pengalaman puasa yang paling aku tak dapat lupakan? haha, just promise me, jangan gelak tau. masa tu, aku form2. kteorg sefamily pergi mekah. mekah kan 5jam lebih awal than malaysia. kan? am i right? if im not mistaken lah. so, time tu, sempat jugak merasa puasa sehari dekat sana. so, setibanya sampai malaysia, masa tu, adalah hari pertama bulan puasa. masa kt KLIA, kat bahagian amik2 beg tu (bargains) ada lah, orang malaysia yang jaga. kastam kot. tiba2 aku rasa haus. and tiba2 aku mintak ibu air. ''ibu, air tadi mana?'' aku ingat lg dialog aku, -.-''. tanpa segan silunya, sambil aku tolak troli, aku minum air sampai habis. aku perasan, orang kastam tu tengok je aku, and macam nak tergelak. aku pelik. apahal dia ni? jubah aku terbukak ke? tak pulak... bila aku dah keluar dari KLIA, baru aku teringat. laaaaaa, harini bulan puasa. aku yang bongok sangat tak ingat. -.-'' . SUMPAH MALU okayyyyy. tak dinafikan. malu aku gelakkan diri sendiri lah. ya allah, entah apa lah org tu fikir kan? aku ni bukannya nampak mcm budak2 yang tak puasa. kalau 'dah raya' sekali pun, tak payah lah nak menunjuk minum air depan public kan? malu3. hissshhh. sudah, lah, now aku tengah malu sambil tertunduk. kbai.
P/S : manfaatkan ramadhan anda sebaiknya kerana ia hadir setahun sekali dan mungkin ini Ramadhan terakhir anda. renung-reungkan dan selamat beramal :)
Comments